Wednesday, November 11, 2009

PENGENALAN

Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan amat penting dalam kelangsungan hidup manusia.Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang-orang Mesir.

Malaysia mempunyai lebih 6000 spesis tumbuhan tropika dan antaranya yang terbaik di dunia. Pasaran herba tempatan pula dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 20 peratus. Sebahagian besar nilai ini disumbangkan oleh industri kosmetik, penjagaan diri dan kesihatan. Peluang inilah yang patut direbut usahawan tempatan sekiranya mahu bersaing dengan jenama global. Malahan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) turut memberi tumpuan kepada pembangunan herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi negara.

Namun, dikatakan pengguna dan pengamal perubatan herba tempatan gagal meneroka sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri makanan dan kesihatan ini.Meskipun tahap kesedaran di kalangan masyarakat dunia tentang kebaikan menggunakan produk kesihatan yang barasaskan bahan semula jadi sudah mula wujud, namun ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar tumbuhan herba untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup

Lebih malang lagi kebanyakan generasi muda kini semakin lupa dan tidak mengenali pokok herba serta kepentingan khasiatnya kepada manusia, meskipun ia banyak terdapat di sekeliling rumah dan sekolah.

Project Based Learning yang bertajuk TANAMAN HERBA:FLORA PUSAKA MALAYSIA diharap dapat menyedarkan dan memberi inspirasi rakyat Malaysia umumnya dan warga SMK Bandar Baru Serting, khasnya bahawa tumbuhan herba merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada mereka. Bukan sahaja sebagai bahan makanan harian, bahkan untuk kegunaan pelbagai aspek kehidupan mereka termasuk mampu menjana ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.

MAKSUD HERBA

Istilah herba sendiri biasanya dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak berkayu atau tanaman yang bersifat perdu. Dalam dunia pengubatan, istilah herba memiliki makna yang lebih luas, yaitu segala jenis tumbuhan beserta bahagian-bahagiannya yang mengandung satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan sebagai ubat (therapeutic). Misalnya mengkudu hutan (Morinda Citrifolia) yang mengandung morindin sebagai bahan anti kanser; Pegaga (Cantela Asiatica) yang mengandung asiaticoside yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan kecerdasan atau IQ.

UNSUR- UNSUR TUMBUHAN / SAYURAN DALAM BUDAYA.

Nenek moyang kita amat menghayati tumbuhan yang boleh dimakan, sama ada sebagai sayuran,ubat atau sebagai makanan tambahan. Nama – nama tumbuhan disebut dalam pantun,peribahasa,mantera,syair dan lain-lain.

Contoh pantun:

Asam kandis asam gelungur

Ketiga dengan asam remnia

Nyawa menangis di pintu kubur

Hendak kembali ke dalam dunia


Pohon CEMPERAI pohon delima

Anak tupai berpuak-puak

Bermisai ku sangka panglima

Rupanya misai penapis tuak


KEMUMU tidak keladi pun tidak

Kelopak seperti ranting ketapang

Ilmu tidak budi pun tidak

Lonjak seperti kambing tempang


Kalau tuan mencari ulam

Carikan saya ULAM RAJA

Kalau tuan sudi bermalam

Bermalam saja di rumah saya


Mencari ulam di tepi bendang

TERUNG DAUN jangan dicabut

Kalau bermalam apa dihidang

Sekadar untuk mengalas perut


Pergi ke hutan mencari ulam
Carikan ulam yan sedap dimakan

Kalau tuan sudi bermalam

ULAM PEGAGA saya hidangkan

NAMA TEMPAT BERUNSURKAN TANAMAN HERBA

Nama-nama tempat seperti kampung,bandar dan negeri juga ada yang didasarkan kepada nama tumbuhan ini.Berikut beberapa nama tempat di Malaysia:

1. Bukit Kenanga , 21040 Marang, Terengganu, Malaysia
2. Kampung Pandan ,Pekan, Pahang, Malaysia
3. Kampung Batu Delima, 51200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
4. Jalan Cekur, Kampung Kanchong Tengah, 42700 Banting, Selangor, Malaysia
5. Kampung Gelugur, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
6. Jalan Pegaga,Taman Merdeka, 75350 Malacca Town, Melaka
7. Kampung Keladi,09000 Kulim, Kedah
8. Kampung Kok Serai,Tumpat, Kelantan
9. Kampung Ubi Kayu,81100 Johor Bahru, Johor
10. Kampung Jerangau , Bukit Besi, Terengganu, Malaysia
11. Kampung Kaduk,Benta, Pahang, Malaysia
12. Kampung Sirih,Kota Bharu, Kelantan
13. Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur
14. Gelugur,Pulau Pinang
15. Ketereh, Kelantan
16. Kampung Bunga Raya,Shah Alam, Selangor, Malaysia
17. Kampung Sungai Nilam,Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia

POTENSI HERBA

SUMBER:BERNAMA

Hutan hujan Malaysia mempunyai lebih dari 20,000 spesies tumbuhan yang mana sejumlah 2,000 spesis tumbuhan telah dilaporkan mempunyai nilai perubatan. Walaupun negara ini mempunyai rizab kepelbagaian genetik, namun ia masih merupakan pengimport herba.

Menyedari tentang banyaknya kepelbagaian bahan mentah ini, kerajaan dan industri telah membuat komitmen untuk membangunkan potensi warisan herba Malaysia dan telah membuat sasaran menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama herba menjelang tahun 2010.

Komitmen jitu pihak kerajaan dan industri swasta bersama-sama dengan pihak badan bukan kerajaan mempromosikan industri herba ini telah diisytiharkan dalam dialog IAP (International Panel of Experts) yang berlangsung di Kota Bharu pada November 1999, yang mana telah menghasilkan Deklarasi Kelantan.

Dasar Pertanian Negara Ketiga telah mengenalpasti industri herba sebagai satu industri yang baru muncul bagi membangunkan pertanian yang lebih dinamik.

Untuk memulakan proses pembangunan industri ini, satu audit sumber-sumber asli yang menyokong kepada industri herba Malaysia akan dibuat. Audit ini akan mengumpul maklumat mengenai sumber-sumber yang sedia ada, menganalisis maklumat tersebut dan menyarankan strategi-strategi yang sesuai dan berkesan untuk dimasukkan ke dalam formulasi pelan tindakan industri herba kebangsaan.

Berdasarkan keperluan di atas satu Forum Strategik Industri Perniagaan Herba telah diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort di Kota Kinabalu pada 16 April 2002. Forum tersebut dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah), Marditech Corporation Sdn. Bhd. dan Malaysian Herbal Corporation anak syarikat MiGHT, dan dibiayai oleh Yayasan Konrad Adenauer, Jerman. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr. Lajim Hj. Ukin telah merasmikan forum tersebut. Beliau juga telah melancarkan satu produk baru berasaskan herba keluaran KPS Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat usahasama IDS (Sabah), dan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (IPKS) di tempat yang sama.

Kira-kira 150 peserta terdiri dari wakil jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGOs), pengusaha herba, pembuat dasar, penyelidik dan ahli akademia hadir pada forum tersebut.

Objektif forum tersebut adalah untuk:

i. Mendapatkan maklumat yang lebih komprehensif mengenai status sumber genetik herba Malaysia Timur;

ii. Mendapatkan maklumat komprehensif mengenai kuantiti dan kualiti sumber-sumber Malaysia yang digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pemasaran kesemua herba dan produk herba;

iii. Menilai, menganalisis dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sumber yang digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pembuatan dan pemasaran kesemua herba dan produk herba; dan

iv. Menyarankan strategi yang paling sesuai dan pelan tindakan bagi pembangunan herba dan industri herba dalam tempoh 2001 hingga 2010.

Forum ini merupakan sebahagian daripada satu Tinjauan Audit Industri Herba Negara yang dikomisen oleh Kementerian Pertanian. Forum serupa ini juga telah diadakan di Putrajaya bulan lalu yang mana mendapat sambutan dan sokongan yang kuat daripada pengusaha-pengusaha industri tersebut. Majlis serupa juga akan diadakan di Sarawak selepas forum di Sabah. Audit tersebut bertujuan untuk menggabungkan pengalaman – dalam akademik, teknologi serta perniagaan dan keusahawanan, dan membuat saranan-saranan yang berguna. Ia merupakan suatu rangka tindakan industri yang sentiasa berkembang dan diterima ramai. Skop forum ini meliputi, antaranya:

• Pembekalan sumber asli – mengenalpasti jenis-jenis tanaman yang ekonomikal dan praktikal untuk dieksploitasikan;

• Teknologi pengeluaran – mengetahui cara menghasilkan serta mewujudkan peluang pertanian komersil secara domestik dan pemeliharaan tanaman herba;

• Pemprosesan dan aktiviti hiliran – mengetahui cara membuat formula, pemprosesan, pembungkusan dan perolehan teknologi yang sedia ada;

• Pembangunan sumber manusia – untuk membangunkan kemahiran yang sesuai bagi mengekalkan industri;

• P&P – tanpa P&P, tidak ada industri yang mampu menghasilkan produk baru yang berdaya saing. Jurusan sains yang baik adalah sama penting dengan jaringan pasaran yang baik; dan

• Keusahawanan – budaya berniaga mesti dipupuk atau dipertingkatkan bagi industri untuk berkembang.

Forum tersebut merangkumi pengenalan subjek perbincangan dan disusuli oleh perbincangan meja-bulat dan perundingan oleh tujuh kumpulan yang menggunakan soal selidik berstruktur. Setiap kumpulan kemudiannya mengemukakan hasil keputusan perundingan tadi dalam sesi pleno. Selain daripada forum sebenar, satu lawatan kerja telah dibuat ke Kampung Budaya Monsopiad di Kampung Ramaya, Penampang dan Herbarium Taman Sabah yang terletak di kaki Gunung Kinabalu pada keesokan harinya.

Kampung Budaya Monsopiad merupakan satu persada amalan tradisional kaum Kadazandusun khususnya pahlawan lagenda mereka, Monsopiad. Ketika di sana, peserta forum diberi taklimat mengenai pelbagai tumbuhan ubatan yang digunakan oleh suku kaum tersebut.

Di Herbarium Taman Sabah, perserta di beri penjelasan tentang koleksi herba kering yang disimpan di herbarium tersebut. Mereka diberitahu bahawa kebanyakan tumbuhan ubatan di herbarium ini belum lagi dikenalpasti secara saintifik.

Dari ucapan yang disampaikan oleh tetamu kehormat pada upacara perasmian dan penemuan awal peserta forum, sesungguhnya, adalah jelas industri herba akan menjadi sektor yang mendapat perhatian berdasarkan kepada dua pertimbangan.

Pertama, negara kita tidak boleh bergantung terus kepada pertanian tradisional seperti getah dan koko dengan harga yang kurang memberangsangkan bukan seperti dahulu. Kelapa sawit, yang bertahun-tahun lamanya telah menjadi tanaman emas, juga mengalami kejatuhan harga secara mendadak kebelakangan ini. Oleh itu, pergantungan terhadap satu komoditi atau monoculture mungkin tidak begitu sesuai untuk mengekalkan suatu industri pada jangka masa yang panjang.

Kedua, perniagaan herba boleh dilihat sebagai satu industri sedang muncul yang menjanjikan peluang-peluang baru dan mempunyai ruang untuk berkembang. Industri herba bukan sahaja tentang domestikasi hutan belukar, pengekstetan Tongkat Ali atau pengeluaran Kacip Fatimah secara hidroponik. Ternyata di sini peluang melebihi kerumitan dalam membangunkan industri herba. – MARY SINTOH