Wednesday, November 11, 2009

TANAMAN HERBA DI SMK BANDAR BARU SERTING

MATLAMAT
Taman Herba diwujudkan bagi memelihara khazanah perubatan tradisional supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.


OBJEKTIF


a) Taman Herba sebagai sumber maklumat kepada warga negara sekolah dan masyarakat sekitar tentang khasiat,kegunaan dan tumbuhan herba dari segi sains perubatan.
b) Mewujudkan persekitaran sekolah yang hijau yang ceria.
c) Memelihara dan membiakkan koleksi tumbuhan herba supaya tidak pupus.
d) Taman Herba sebagai salah satu sumber pendapatan.

LATAR BELAKANG TAMAN HERBA


Kawasan Taman Herba telah mula diwujudkan sejak tahun 1994 lagi.Beberapa orang guru telah mengambil alih kawasan tersebut namun malangnya kerana keadaan tanah liat yang keras dan bawahnya berair menyebabkan penghasilannya kurang memuaskan.
Mulai tahun 1999 di atas inisiatif yang diketuai En. Shafie Ramli dan beberapa orang guru bersama pelajar kawasan ini telah dibaik pulih dengan menambahkan tanah yang baru.
Menjelang bulan Ogos 1999 sempena perasmian sekolah,Taman Herba ini telah berjaya diceriakan dan pokok-pokoknya dapat hidup dengan subur.
Pada awal tahun 2000,usaha-usaha penambah baikan telah dilakukan dengan membuat pintu gerbang,pagar,kawasan teduhan dan simen fero.Perbelanjaan adalah hasil kutipan derma kilat sempena Mesyuarat Agung PIBG (Mei 2000) dan juga sumbangan dari PIBG sendiri.
Pokok-pokok yang ditanam sebahagiannya dibeli dan dicari merata tempat hasil usaha guru-guru dan pelajar.Usaha ini adalah satu usaha yang berterusan kerana semakin hari semakin banyak pokok herba yang ditanam disini.


ANGGARAN PERBELANJAAN DALAM MEWUJUDKAN TAMAN HERBA


BIL

PERKARA

JUMLAH

SUMBER

01

Pembelian benih pokok

RM130.00

Sumbangan Persatuan ERT/SPN

02

Membuat simen fero

RM1800.00

Derma PIBG/En.Mastor

03

Cendawan dan cat

RM100.00

Kontraktor En. Jeli

04

Tayar

RM100.00

Sumbangan pekedai

05

Batu dan pasir

Sumbangan JKR Jempol

06

Simen

RM160.00

Peruntukan SPN / KH



JADUAL TINDAKAN PADA PERINGKAT PERMULAAN

TARIKH

AKTIVITI

Jan-April 2000

· En. Shafie dan Pn. Zabedah serta beberapa orang pelajar telah mengusahakan menambah koleksi pokok di Taman Herba.

8 Mei 2000

· Kutipan derma Projek Taman Herba.

13 Mei 2000

· Gotong-royong siri ke-2 guru-guru bidang Teknik dan Vokasional.

Mei-Jun 2000

· Membuat dan melengkapkan pintu gerbang,pagar,dan kawasan teduhan simen fero.

Jun 2000

· Membuat pelabelan nama-nama pokok herba.

Julai 2000

· Gotong-royong pelajar dengan bantuan pekerja sekolah.

Ogos-Oktober 2000

· Kawalan keceriaan oleh guru, pelajar dan pekerja sekolah.



SENARAI TUMBUHAN HERBA

Musim silih berganti dan tahun berganti tahun.Setelah hampir 10 tahun berlalu,terdapat pelbagai spesis tanaman herba hidup subur kawasan sekolah di mana hampir 90% daripadanya terdapat di Taman Herba.Kini, hasil kajian dan pemerhatian pasukan PBL, terdapat 52 daripada 83 jenis spesis yang hidup subur dan masih dijaga rapi.Pasukan PBL telah mengambil kesemua gambar tumbuhan tersebut dan didokumentasikan bersama maklumat yang berkaitan dengannya.Senarai tumbuhan herba , gambar dan maklumat ringkas berkaitan dengannya adalah seperti berikut:


BIL

NAMA TUMBUHAN

NAMA SAINTIFIK

1

Anggur

Vitisvinifera

2

Ati-Ati

Solenostemon scutellaroides

3

Bangun-Bangun

Solenostemon amboinicus

4

Belimbing Tanah

Averhoa spp

5

Betik

Carica papaya

6

Bunga Raya Putih

Hisbiscus rosa sinensis

7

Bonglai

Zingiber purpureum

8

Cekur

Kaempferia galanga

9

Cekur Manis

Sauropus androgynus

10

Cempaka Kuning

Michelia champaka

11

Cili Padi

Capsium frutescens

12

Daun Kari

Murraya koenigii

13

Delima

Punica granatum

14

Dukung Anak

Phyllanthus niruri Linn

15

Ganda Rusa

Folium Justiciae

16

Gajus

Anacardium occidentsle

17

Halia bara

Zingiber officinale var

18

Hempedu Bumi

Andrographis paniculata

19

Inai

Lawsonia inermis

20

Jarak

Jatripa curcos

21

Jarum Tujuh Bilah

Pereskia saecnarusa

22

Kaduk

Piper sarmentosum

23

Kantan

Pheaomeria imperialis

24

Kapal Terbang

Cromolaena adorata

25

Keladi

Colosia esculenta

26

Keembong

Impatiens balsamina

27

Kiambang

Pistia stratiotes

28

Kucai

Ipomoeabatatas

29

Kunyit

Curcuma domestica

30

Kunyit Hitam

Curcuma caesia

31

Lempoyang

Zingiber zerumbet

32

Lengkuas

Alpinia galanga

33

Limau Kasturi

Citrofortunella macrocarpa

34

Lidah Buaya

Aleovera

35

Mak Datin

Pereskia Sacharosa/Saecnarosa

36

Mas Cotek

Ficus Deltoidea

37

Melur

Jasmincum sambac

38

Misai Kucing

Orthosiphon stamenins

39

Pandan

Pandanus amaryllifolius

40

Patawali

Tinospora crispa

41

Pegaga

Centtella asiatica

42

Puding Hitam

Graptpohyllum pictum

43

Pisang Hutan

Musa acuminata

44

Sambung Nyawa

Gynura procumbeus

45

Selasih Dandi

Ocimum sanctum

46

Serai Biasa

Cymbopogon critatus

47

Serai Wangi

Cymbopogon nardus Linn

48

Sirih

Piper battle

49

Senduduk

Melaftoma Malabathricum

50

Tembaga Suasa

Crinum asiaticum

51

Temulawak

Curcuma xanthorrhiza

52

Tetulang

Euphorbia tircalli

53

Tongkat Ali

Eurycoma longifolia jack

54

Ubi Kayu

Manihot esculenta

55

Yesterday,Today,Tomorrow

Brunfelsia Pauciflora



No comments:

Post a Comment