Wednesday, November 11, 2009

PENGENALAN

Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan amat penting dalam kelangsungan hidup manusia.Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang-orang Mesir.

Malaysia mempunyai lebih 6000 spesis tumbuhan tropika dan antaranya yang terbaik di dunia. Pasaran herba tempatan pula dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 20 peratus. Sebahagian besar nilai ini disumbangkan oleh industri kosmetik, penjagaan diri dan kesihatan. Peluang inilah yang patut direbut usahawan tempatan sekiranya mahu bersaing dengan jenama global. Malahan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) turut memberi tumpuan kepada pembangunan herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi negara.

Namun, dikatakan pengguna dan pengamal perubatan herba tempatan gagal meneroka sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri makanan dan kesihatan ini.Meskipun tahap kesedaran di kalangan masyarakat dunia tentang kebaikan menggunakan produk kesihatan yang barasaskan bahan semula jadi sudah mula wujud, namun ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar tumbuhan herba untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup

Lebih malang lagi kebanyakan generasi muda kini semakin lupa dan tidak mengenali pokok herba serta kepentingan khasiatnya kepada manusia, meskipun ia banyak terdapat di sekeliling rumah dan sekolah.

Project Based Learning yang bertajuk TANAMAN HERBA:FLORA PUSAKA MALAYSIA diharap dapat menyedarkan dan memberi inspirasi rakyat Malaysia umumnya dan warga SMK Bandar Baru Serting, khasnya bahawa tumbuhan herba merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada mereka. Bukan sahaja sebagai bahan makanan harian, bahkan untuk kegunaan pelbagai aspek kehidupan mereka termasuk mampu menjana ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment