Wednesday, November 11, 2009

DAPATAN

1. Malaysia mempunyai 20,000 spesies tumbuhan yang mana sejumlah 2,000 spesis tumbuhan telah dilaporkan mempunyai nilai perubatan.

2. Kerajaan telah membuat sasaran menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama herba menjelang tahun 2010.

3. Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke9 (RMK9) turut memberi tumpuan kepada pembangunan herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi negara.

4. Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

5. Pasaran herba tempatan dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 20 peratus.

6. Sebahagian besar nilai ini disumbangkan oleh industri kosmetik, penjagaan diri dan kesihatan.

7. MARDI telah mengenal pasti 12 jenis yang berpotensi besar untuk dimajukan.

8. Herba yang dianggap komoditi baru pada masa depan itu terdiri daripada :
a. LIDAH BUAYA
b. HEMPEDU BUMI,
c. PEGAGA
d. KUNYIT
e. SERAI WANGI,
f. TONGKAT ALI,
g. CEKUR,
h. MENGKUDU,
i. KEMANGI,
j. MISAI KUCING
k. DUKUNG ANAK
l. NILAM.

9. Produk herba yang dikeluarkan dan dijual mesti bermutu tinggi dan telah menjalani penyelidikan yang menyeluruh untuk menembusi pasaran global

10. Taman Herba SMK Bandar Baru Serting mempunyai banyak kelebihan kerana 8 daripada 12 jenis herba yang berpotensi besar untuk dimajukan hasil penyelidikan oleh MARDI sebelum ini telah di tanam di sini.

11. Sebanyak 55 jenis tanaman herba dan ornamental lain juga telah dikenalpasti ditanam di lanskap sekolah dimana 98 % terdapat di Taman Herba..

12. Jumlah keseluruhan tanaman herba yang terdapat di Taman Herba SMKBBS adalah 52 JENIS.

No comments:

Post a Comment